Wednesday, 24 January 2018

Berita Terkini Tentang Teknologi

Berita Terkini Tentang Teknologi.


Kampus digital wujudkan 'ekonomi pintar' - Idris Jusoh

Kampus digital wujudkan 'ekonomi pintar' - Idris Jusoh
IDRIS: Pelaksanaan kampus pintar yang mengaplikasikan teknologi merupakan satu daripada langkah kementerian menuju ke arah Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kampus pintar atau kampus digital di seluruh universiti awam menjelang hujung tahun ini akan membuka lembaran baharu dan mewujudkan konsep 'ekonomi pintar', kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris berkata, pelaksanaan kampus pintar yang mengaplikasikan teknologi untuk setiap urusan dalam kalangan warga kampus itu merupakan satu daripada langkah kementerian menuju ke arah Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) yang memerlukan penggunaan teknologi terkini.

"Ini (pelaksanaan kampus digital) akan membawa satu konsep 'ekonomi pintar' kepada negara. Memang ia (aplikasi teknologi) bermula dari kampus, saya percaya ia akan berkembang kepada rakyat," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Cashless Campus @UiTM di Sungai Buloh di sini, pada Isnin.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
Idris berkata, beliau yakin aplikasi kampus digital juga akan turut dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kelak.

"Ini trend sebenarnya, kita tak boleh menyekat perkara yang berlaku. Kalau ke negara China, nak pinjam basikal pun guna aplikasi digital, tanpa tunai. Ia (trend) akan berlaku, saya rasa di IPTS juga akan berlaku dan mengikut apa yang kita laksanakan," katanya.

Menerusi pelaksanaan kampus pintar, semua universiti awam akan menggunakan teknologi kod respons pantas (QR Code) untuk pentadbiran dan akses kepada kemudahan universiti termasuk menggunakan aplikasi dompet elektronik yang tidak lagi menggunakan transaksi tunai dan kad untuk urusan pembelian, pendaftaran dan pinjaman buku.

Sementara itu, Dr Hassan berkata, UiTM menjadi kampus tanpa tunai terbesar dalam negara yang menggunakan aplikasi dompet elektronik (e-Dompet) Boost di kesemua 35 kampus UiTM di seluruh negara.

"Aplikasi ini akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 warga UiTM dengan aplikasi yang ditawarkan Axiata Digital menerusi aplikasi e-Dompet.

"Segala transaksi di semua kedai dalam kampus akan menggunakan aplikasi ini dan ia juga akan meliputi pembelian mudah, pemindahan wang, pembelian peralatan pembelajaran, minuman dan makanan pada harga yang lebih murah," katanya.

Untuk rekod, aplikasi e-Dompet kini dilaksanakan di beberapa universiti awam termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuesday, 23 January 2018

FUNGSI-FUNGSI DAN PERANAN ICT

FUNGSI - FUNGSI ICT
Image result for FUNGSI ICTPERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.Teknologi maklumat dapat membantu Pentadbiran Tanah membuat perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan

2.Teknologi maklumat dapat menggalakkan perkongsian maklumat untuk memperbaiki dan melengkapkan pelaksanaan kerja di pentadbiran tanah.

3.Teknologi maklumat sebagai medium transformasi dalam meningkatkan sistem penyampaian jabatan kepada pelanggan dengan lebih berkesan. 

4.Teknologi maklumat menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan pantas melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian.

5.Teknologi maklumat sebagai sumber maklumat bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk memperolehi informasi terkini.



BIODATA AHLI KUMPULAN

BIODATA AHLI KUMPULAN 🎓  



NAMA                         : NURESMAHNINA BINTI ERSAMUDIN 
NO MATRIK                 : DSM2015/11054
UMUR                         : 21 TAHUN 
TARIKH LAHIR             : 05/07/1997
TEMPAT TINGGAL       : NO 133, JALAN DATUK ABDUL RAHMAN JAAFAR, BATU PAHAT,                                      JOHOR
KURSUS                       : DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 
WARGANEGARA           : MALAYSIA 
AGAMA                        : ISLAM 
KOLEJ                         : KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR  



NAMA                           : NUR NAJIHAH BINTI TAMZIS 
NO MATRIK                   : DSM2015/11136 
UMUR                           : 21 TAHUN 
TARIKH LAHIR               : 12/06/1997 
TEMPAT TINGGAL         : NO 34, JALAN CIKU 19, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR                                             GUDANG, JOHOR . 
KURSUS                        : DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 
WARGANEGARA            : MALAYSIA 
AGAMA                         : ISLAM 
KOLEJ                          : KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR 




NAMA                            : NUR BALQIS FAKHIRA BINTI AZMAN 
NO MATRIK                   : DSM2015/11101 
UMUR                            : 21 TAHUN 
TARIKH LAHIR               : 24/11/1997 
TEMPAT TINGGAL          : 244-C KAMPUNG LUKUT , 81900 KOTA TINGGI, JOHOR 
KURSUS                         : DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 
WARGANEGARA.            : MALAYSIA 
AGAMA                          : ISLAM 
KOLEJ                            : KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR  


PENGENALAN , SEJARAH DAN DEFINISI

PENGENALAN


SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


  • Teknologi maklumat melalui sejarah dan perkembagan yang unik semenjak beribu - ribu tahun dahulu lagi.
  • Ia berdasarkan kepada maklumat yang telah wujud semenjak dari penciptaan manusia lagi iaitu penciptaan adam dan hawa.
  • Manusia pada setiap zaman menggunakan pelbagai teknik untuk menyimpan, menerima dan memproses maklumat.
  • Teknologi maklumat merangkumi kesemua peralatan yang digunakan oleh manusia sepanjang zaman dan masa.
  • Peralatan tersebut digunakan sama ada untuk menguruskan maklumat, menjalankan perniagaan, berkomunikasi, memahami alam ini dan sebagainya.
  • Asas kepada Teknologi Maklumat dalam sepanjang sejarah manusia:
              Input
              Process
              Output 
              Communication Problems 


DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) 


Merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data. Ia berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah pengunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. 


Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat:
  • Mengumpul maklumat, ia digunakan unutk suntingan dengan menggunakan teknologi.
  • Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
  • Berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

  

    

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN ICT

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT 

Kemahiran Teknologi Maklumat sememangnya amat penting dalam kehidupan sehari-hari.
Contoh kemudahan ICT ialah Internet, Telefon, Komputer, Televisyen dan sebagainya.
Kesemua kemudahan ini banyak memberi keburukan kepada masyarakat juga. 



KEBAIKAN ICT  

Kita boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan lebih terperinci.
Boleh memudahkan kita berhubung dengan sesiapa saja walau dimana jua.
Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. 

KEBURUKAN ICT 

Jenayah siber boleh berlaku seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus dan sebagainya.
Pelbagai jenis kemudahan dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Dalam Internet, penggunaan bahasa amat cuai sekali. Mereka menggunakan bahasa singkatan, rojak dan sebagainya. 

LAPORAN PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR

MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR  P...