Sunday, 18 March 2018

LAPORAN PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR

MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR 

Pengenalan 

 Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan datang , guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan serta membentuk generasi kedua Kejayaan yang dihasratkan dan yang ada kaitan secara langsung dengan pendidikan diantara yang lainnya termasuklah cabaran keenam dalam wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan. Masyarakat bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan. Semua manusia menjalani proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir adalah berbeza-beza di antara individu dengan individu yang lain. Kualiti serta buah fikiran yang dihasilkan juga berbeza. Kemahiran dalam selok belok berfikir kreatif dan kritis amat perlu untuk tujuan-tujuan seperti mengelakkan kesilapan berfikir,meningkatkan pemikiran secra kreatif dan kritis, memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan wawasan 2020.
 Pemikiran kreatif dan kritis (KBKK) mampu mendorong seseorang pelajar untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah, di samping keupayaan untuk memproses maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Idea baru terhasil melalui pengalamam atau gabungan idea-idea yang ada. Pemikiran kreatif dan kritis dapat diajarkan dengan pelbagai strategi yang memberikan penekanan kepada cara penyampaian yang menggalakkan pelajar berfikir dan menguasai kemahiran serta isi pelajaran yang sedang disampaikan. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara penyampaian pemikiran kreatif dan kritis, perancangan untuk mengajar pemikiran kreatif dan kritis dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Permasalahan asas yang akan dikaji dalam kajian ini ialah mengenai penekanan guru teknikal sekolah menengah teknik di dalam aspek mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis (KBKK) ke dalam proses pengajaran mata pelajaran Teknikal .
Di dalam bab ini akan diperbincangkan mengenai perkara-perkara seperti latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Di akhir bab ini terdapat beberapa penjelasan istilah-istilah yang dirujuk dalam kajian ini. Penyataan masalah Sukatan mata pelajaran Teknikal telah digubal untuk melengkap diri para pendidik dengan pengetahuan dan kemahiran dalam teknikal untuk disampaikan kepada pelajar.
Berbagai kursus dan modul dilaksanakan dengan tujuan memberi pengukuhan diri para pendidik untuk merealisasikan kehendak Kementerian Pendidikan. Tetapi apa yang menyedihkan, ada dikalangan para pendidik tidak melaksanakan apa yang diperolehi dari kursus yang dihadiri, sedangkan keperluan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis masa kini amat penting di dalam pendidikan untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya maju. Thornton (1982) menyatakan bahawa para pendidik kurang berminat untuk menjalankan aktiviti kreatif di dalam bilik darjah disebabkan oleh beberapa perkara. Di antaranya ialah kawalan kelas dan penggunaan masa. Berdasar kepada tuntutan Wawasan 2020, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya maklumat (sains dan teknologi), Kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni, semangat jati diri dan keterampilan. (Ahmad Sarji Abdul Hamid. Malaysia’s Vision 2020, 1993). Dari penyataan di atas timbul minat penyelidik untuk mengetahui sejauh manakah aplikasi pemikiran kreatif dan kritis diberikan oleh guru teknikal kepada pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknikal di sekolah menengah teknik. Objektif kajian Objektif kajian ini ialah untuk :
1. Kefahaman dalam pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan guru-guru teknik.
2. Teknik pengajaran yang digunakan dalam pemikiran secara kreatif dan kritis kepada pembelajaran pelajar.
3. Kebaikan yang diperolehi oleh pelajar melalui pemikiran kreatif dan kritis.
 4. Pelajar dapat mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran mata pelajaran Teknikal.
 5. Alat-alat berfikir yang digunakan dalam pemikiran secara kreatif dan kritis bagi pengajaran guru-guru teknik bagi mata pelajaran Teknikal. Kepentingan kajian Hasil dari kajian ini, penyelidik akan dapat melihat sejauh mana dan pengaplikasian yang dilakukan oleh guru-guru teknikal di tiga buah sekolah menengah teknik di negeri Johor terhadap pemikiran secara kreatif dan kritis dalam mata pelajaran Teknikal. Hasil dapatan dari penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak-pihak tertentu : i. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk merancang aktiviti bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Teknikal di sekolah menengah teknik di masa akan datang.
 ii. Hasil kajian akan dapat membantu guru-guru tentang kaitan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis dalam bahan pengajaran yang mencakupi skop pengajaran, objektif pengajaran dan lain-lain yang berkaitan dengan proses pengajaran.
 iii. Terdapat guru yang kabur tentang unsur kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran mata pelajaran Teknikal dan tidak menyediakan perancangan yang bersistematik untuk pengajaran mereka. Maka diharap kajian ini akan menyedarkan guru-guru tentang kepentingan pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran Teknikal.
 iv. Membantu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Jabatan Pendidikan Negeri menyusun semula strategi bagi memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran mata pelajaran Teknikal.
 v. Membantu Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional mengenalpasti program latihan atau kursus mempertingkatkan guru dalam kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran Teknikal. Reka Bentuk Kajian Menurut Majid Konting (1990), reka bentuk merupakan teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah.
Kajian ini merupakan suatu penyelidikan berbentuk deskriptif yang dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik. Pengukuran menggunakan kaedah soal selidik ini mengandungi 32 item soalan yang memerlukan responden menjawab setiap penyataan yang diberi. Kajian ini akan mendapat tindakbalas daripada guru- guru teknikal yang mengajar mata pelajaran Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Muar, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan Sekolah Menengah Teknik Segamat.Soal selidik ini direka khas untuk meninjau aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran guru-guru teknikal bagi mata pelajaran Teknikal di sekolah menengah teknik. Dengan mengambil kira faktor ciri populasi, keadaan populasi, kesukaran dan faktor kewangan, penyelidik memilih pendekatan yang terbaik bagi memperoleh data yang dapat dipercayai kesahannya. Walau bagaimanapun, dalam memilih pendekatan yang sesuai, penyelidik juga perlu memilih pendekatan yang praktikal dari segi kos dan jangka masa (Azizi Yahaya et al., 2007).
 Populasi dan sampel kajian. Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru teknikal di tiga buah sekolah menengah teknik dalam negeri Johor iaitu seramai 140 orang guru. Mata pelajaran Teknikal merangkumi semua mata pelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran Teknikal dan vokasional Taburan bilangan populasi berjumlah 140 orang guru teknikal yang mengajar mata pelajaran Teknikal di tiga buah sekolah di negeri Johor Menurut Azizi Yahaya et al. (2007), sampel ialah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi atau sebaliknya.
Teknik persampelan yang digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat adalah merujuk kepada jadual Krejcie, R. V and Morgan D.W. yang menunjukkan kadar penentuan jumlah sampel daripada populasi. Merujuk kepada jadual tersebut menunjukkan bilangan sampel adalah seramai 103 orang daripada bilangan populasi iaitu 140 orang. Pemilihan sampel kajian dilaksanakan secara rawak kelompok atas kelompok di mana terdapat beberapa peringkat pemilihan sampel secara pengkelasan dilakukan. Seramai 103 orang guru teknikal yang mengajar mata pelajaran Teknikal telah dipilih secara rawak daripada tiga buah sekolah di negeri Johor. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian tinjauan ini adalah merupakan satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklum balas. Penggunaan borang soal selidik ini bertujuan mendapatkan data-data daripada responden yang terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Teknikal yang sedang mengajar di sekolah Menengah Teknik Muar,Teknik Segamat dan Teknik Batu Pahat .
Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah kajian secara tinjauan yang menggunakan soal selidik merupakan satu kaedah yang paling popular. Soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat atau data berdasarkan kepada perkara-perkara berikut : i- Data yang diperolehi melalui kaedah soal selidik adalah lebih tepat kerana responden lebih berani memberikan tindak balas terhadap aspek yang dikaji berbanding dengan temuduga atau temubual. ii- Masa, tenaga dan kos perbelanjaan kajian dapat dijimatkan dengan menggunakan kaedah ini. Menurut Mohamad Najib (1999), soal selidik merupakan cara yang tepat, cepat dan menjimatkan masa untuk memperolehi maklumat secara kualitatif dan kuantitatif. Soal selidik dibentuk berpandukan kajian-kajian yang lepas dan ditambah sendiri oleh penyelidik untuk memantapkan hasil kajian. Responden dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan secara bertulis berdasarkan arahan yang disertakan. Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :
 Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang subjek. Maklumat ialah mengenai jantina , pengalaman mengajar, pengalaman mengajar mata pelajaran Teknikal, kekerapan menghadiri kursus mengenai kemahiran berfikir kreatif dan kritis dan kehadiran kursus berkaitan dalam mata pelajaran Teknikal Sebanyak 5 item akan dikemukakan di bahagian ini bertujuan untuk mendapat maklumat demografi guru. Soalan yang akan dikemukakan adalah dalam bentuk nominal di mana responden di kehendaki menandakan ( √ ) pada kotak jawapan pilihan.
Bahagian B terdiri daripada soal selidik yang mempunyai 32 item yang bertujuan untuk mengenal pasti aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran guru-guru dalam mata pelajaran Teknikal di sekolah menengah teknik. Item-item yang mengukur aplikasi pemikiran secara kreatif dan kritis dalam pengajaran guruguru sekolah menengah teknik dalam mata pelajaran Teknikal. Kajian Rintis Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji keesahan, kebolehpercayaan dan kefahaman pelajar dari segi bahasa dan isi kandungan item soalan. Kajian rintis tersebut telah dijalankan ke atas 15 orang guru teknikal yang mengajar mata pelajaran Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu. Keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5 for Windows.

 Ujian kebolehpercayaan boleh dilakukan dengan menggunakan Ujian Cronbach’s Alpha. Hasil analisis didapati bahawa kebolehpercayaan instrumen kajian mengikut pekali alpha ialah 0.8370. Menurut Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), satu lagi ujian statistik yang popular ialah ujian Alpha Cronbach (atau Kuder Richardson) yang melihat korelasi satu item dengan item yang lain yang setara dengannya atau yang menyoal konsep yang sama. Nilai indeks adalah antara 0 hingga 1. Nilai hampir 0 bermakna tahap kebolehpercayaan yang sangat rendah dan nilai yang hampir kepada 1 ialah tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai 0.8 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat. Sekiranya nilai adalah lebih rendah daripada 0.8, pengkaji perlu mengubahsuai item dan seterusnya melaksanakan kajian rintis sekali lagi sehingga mencapai tahap nilai 0.8 ke atas.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR

MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR  P...