TAJUK: MENGAPAKAH PENTINGNYA
PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH
MANFAAT YANG DIPEROLEH OLEH PELAJAR
Pemikiran
merupakan media yang menyumbang kepada penyampaian sesuatu maklumat kepada
individu lain atau sesama manusia. Pemikiran merupakan satu – satunya perkara
yang tidak dapat dikecualikan daripada umat manusia malah ia juga menjadi identiti
bagi perbezaan individu. Pemikiran kreatif merupakan keupayaan seseorang untuk
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. Selain
itu, pemikiran keratif melibatkan pembentukan sesuatu yang baru atau asal. Ia
melibatkan kemahiran fleksibiliti, keaslian, kefasihan, penjelasan, sumbang
saran, dan pemikiriran metafora. Tujuan berfikir secara kreatif ini adalah
untuk merangsang rasa ingin tahu dan mengalakkan perbezaan.
Kepentingan
bagi pemikiran berfikir secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
sangat penting kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui
ilham atau gabungan idea – idea yang ada. Antara contoh, kemahiran pemikiran
secara kreatif adalah mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru dan
mencipta metafora. Di samping itu, proses – proses dalam pemikiran berfikir
secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran ialah proses meramal, menjana
idea dan membuat inferens akan apa yang di ramal.
Seterusnya,
keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu. Keupayaan
intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang. Proses
berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta – fakta lain supaya fakta
yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Pemikiran kritis
adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu CRITIC kata dasar ‘KRITIS’
merupakan perkataan Greek ‘KRITHS’ (kritikas) yang membawa maksud menimbang
(judge). Menimbang pula membawa maksud kepada menilai, membezakan, mencetuskan
dan menyoal sama ada sesuatu fakta itu benar ataupun salah.
Berfikir
secara kritis merupakan tunjang kepada pemikiran terbuka iaitu kesanggupan
menerima pandangan dan pendapat individu lain dan ianya memberi keupayaan untuk
mempertimbangkan idea tersebut. Secara ringkasnya, kritis membawa maksud kepada
kebolehan seseorang untuk membantu dan membaiki idea – idea individu lain
supaya boleh diterima atau ditolak.
Kepentingan
pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran ialah bertujuan mengajarkan
kaedah – kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Selain
itu, aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan
iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pedapat.
Penting dalam ekonomi pengetahuan baru dan dapat juga mempertingkatkan analisis
kendiri. Namun begitu, pemikiran ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan
kemahiran pembentangan dan mempromosikan daya pemikiran kreatif. Antara ciri –
ciri pemikiran kritis ialah reaktif, penilaian, analisis dan logik. Terdapat
juga contoh – contoh kemahiran berfikir secara kritis iaitu membanding atau
membeza, membuat kategori, menerangkan sebab, membuat sekuen atau urutan serta
membuat ramalan dan membuat inferens mengenai idea tersebut.
Manfaat
yang diperoleh daripada pelajar adalah mereka dapat membezakan antara pemikiran
kreatif dan kritis iaitu pemikiran kreatif lebih kepada menjana dan
menghasilkan idea, membuat hipotesis, mengsintesis dan menghubungkaitkan antara
satu dengan yang lain. Pemikiran kritis pula lebih kepada kemahiran berfikir
secara kritis yang membanding dan membezakan, mengkategorikan, menghuraikan dan
merumuskan dan meramalkan sesuatu idea itu.
Kesimpulannya, kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting
kerana ia membolehkan pelajar – pelajar memahami, menilai serta mengaplikasikan
maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Di samping itu, pelajar – pelajar
perlu menguasai kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif
adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran
membolehkan mereka membanding dan membeza, meneliti bahagian – bahagian kecil
dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan
menghasilkan idea dan mencipta analogi yang baru.
No comments:
Post a Comment