TAJUK: MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR
Disediakan Oleh: Nur Najihah
Pemikiran merupakan media yang menyumbang kepada penyampaian sesuatu maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Pemikiran merupakan satu – satunya perkara yang tidak dapat dikecualikan daripada umat manusia malah ia juga menjadi identiti bagi perbezaan individu. Pemikiran kreatif merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. Selain itu, pemikiran keratif melibatkan pembentukan sesuatu yang baru atau asal. Ia melibatkan kemahiran fleksibiliti, keaslian, kefasihan, penjelasan, sumbang saran, dan pemikiriran metafora. Tujuan berfikir secara kreatif ini adalah untuk merangsang rasa ingin tahu dan mengalakkan perbezaan.
Kepentingan bagi pemikiran berfikir secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea – idea yang ada. Antara contoh, kemahiran pemikiran secara kreatif adalah mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru dan mencipta metafora. Di samping itu, proses – proses dalam pemikiran berfikir secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran ialah proses meramal, menjana idea dan membuat inferens akan apa yang di ramal.
Seterusnya, keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu. Keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang. Proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta – fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Pemikiran kritis adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu CRITIC kata dasar ‘KRITIS’ merupakan perkataan Greek ‘KRITHS’ (kritikas) yang membawa maksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud kepada menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal sama ada sesuatu fakta itu benar ataupun salah.
Berfikir secara kritis merupakan tunjang kepada pemikiran terbuka iaitu kesanggupan menerima pandangan dan pendapat individu lain dan ianya memberi keupayaan untuk mempertimbangkan idea tersebut. Secara ringkasnya, kritis membawa maksud kepada kebolehan seseorang untuk membantu dan membaiki idea – idea individu lain supaya boleh diterima atau ditolak.
Kepentingan pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran ialah bertujuan mengajarkan kaedah – kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Selain itu, aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pedapat. Penting dalam ekonomi pengetahuan baru dan dapat juga mempertingkatkan analisis kendiri. Namun begitu, pemikiran ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan dan mempromosikan daya pemikiran kreatif. Antara ciri – ciri pemikiran kritis ialah reaktif, penilaian, analisis dan logik. Terdapat juga contoh – contoh kemahiran berfikir secara kritis iaitu membanding atau membeza, membuat kategori, menerangkan sebab, membuat sekuen atau urutan serta membuat ramalan dan membuat inferens mengenai idea tersebut.
Manfaat yang diperoleh daripada pelajar adalah mereka dapat membezakan antara pemikiran kreatif dan kritis iaitu pemikiran kreatif lebih kepada menjana dan menghasilkan idea, membuat hipotesis, mengsintesis dan menghubungkaitkan antara satu dengan yang lain. Pemikiran kritis pula lebih kepada kemahiran berfikir secara kritis yang membanding dan membezakan, mengkategorikan, menghuraikan dan merumuskan dan meramalkan sesuatu idea itu.
Kesimpulannya, kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting kerana ia membolehkan pelajar – pelajar memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Di samping itu, pelajar – pelajar perlu menguasai kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran membolehkan mereka membanding dan membeza, meneliti bahagian – bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea dan mencipta analogi yang baru.
No comments:
Post a Comment