Thursday, 15 February 2018

LAPORAN MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA ABAD INI DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR

LAPORAN MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA ABAD INI DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR 

Disediakan oleh : Nur Balqis

Pemikiran ialah keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara serta keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang. Proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Bagaimana cara untuk menefinisikan pemikiran adalah seperti, bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anda ketika anda sedang berfikir. Contohnya, senaraikan apa yang selalu tertanya-tanya dalam minda kita ketika kita sedang berfikir seperti apa yang berlaku, dimana ia berlaku, apa yang terlibat dan untuk apa.
          Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan meggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan seseorang untuk menghasilkan dan mencetus idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada gabungan idea yang sedia ada.
          Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan Inggeris iaitu ‘critic’ kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal samaada sesuatu itu benar atau salah. Pemikiran kritis ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentakrif dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.
           Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran inni sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.
          Kepentingan berfikir secara kritis pula bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat. Kerana dapat mempertingkatkan analisis kendiri serta dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan dan mempromosikan daya pemikiran kreatif.  
          Manfaat apabila berfikiran kreatif dan kritis dapat membuat keputusan yang positif walaupun dalam keadaan sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Meletakkan diri di tempat orang lain (emosi) juga merupakan pemikiran yang kreatif dan kritis kerana dapat mengendalikan satu bentuk fikiran yang lain dari diri kita. Dengan mengenalpasti semua elemen yang berlaku, sebab dan akibat sesuatu kejadian kita telah dapat meneroka sesuatu yang baru serta dapat mejimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu peribadi.
Kesimpulannya, kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting kerana ia membolehkan pelajar memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Dan pelajar juga perlu menguasai kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovasi adalah penting kerana kemahiran berfikir yag terdapat dalam subjek pemikiran kreatif dan kritis membolehkan mereka membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea dan mencipta analogi.

LAPORAN PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR

MENGAPAKAH PENTINGNYA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR  P...